kari ikan kurung (sardin tin)ala mamak....
masa kecik2 dulu mak mmg dok panggil ikan kurung...maklum le dok kat dlm tin ....tgk dlm kabinet ada sardin tin....so masak kari le .....masak asam tumis tu mcm dah jemu lak......
bahan2: 1 tin sardin saiz besar sebuk kari ikan 3 sudu besar 1 biji kentang di belah 6 6 biji tomato ceri dibelah dua 5 biji cili api *2 tangkai daun kari *2 ulas bwg putih dan 2 ulas bwg merah di mayang sedikit minyak utk menumis. *secubit biji sawi dan secubit halba garam
cara2 1. panaskan minyak di dalam periuk 2. tumis bahan2 (*) sampai garing 3. masuk rempah yg telah dibancuh dgn sedikit air. masak hingga pecah minyak. 4. masukkan kentang, dan tambah air utk dibuat kuah 5. masukkan sardin, cili, tomato...biar mendidih.... 6. perasakan dgn garam....tutup api dan boleh dihidangkan.... |
No comments:
Post a Comment