Doh yang dibiarkan selama 1 jam......kembang setaman......punch...utk buang angin kat dalam.... |
selepas di bakar........naik lagi..... |
Siap dgn sos coklat....ready le utk di makan....rotinya lembut, lemak ...ermmm berkrim.... |
A:
300 gm tpg high protein
1sudu besar instant yeast bancuh dgn 40 ml air suam/sejuk
1 sudu teh bread improver
70 gm gula castor
1/2 sudu teh garam
2 biji kuning telur
1 sudu besar susu tpg
100 ml air
B:
40 gm butter
filling:
150 gm UHT cream
30 gm gula
250 gm colat masakan
5 gm gelatin powder + 20 ml air
topping:
100 gm non dairy cream
130 gm coklat masakan
Cara2: Untuk doh
1. Pukul semua bahan A kecuali bancuhan yeast selama 1-2 min menggunakan kelajuan perlahan.
2. Setelah sebati masukkan bancuhan yeast, air dan telur dan pukul selama 3-4 min dgn kelajuan sederhana sehingga doh lembut
3. Tambahkan butter pukul sehingga doh elastic.....bila kita koyak licin dan tidak bergigi....
4. Rehatkan doh selama 1 jam, timbang 60gm setiap satu.....leperkan doh dan masukkan filling coklat....bulatkan semula macam kita buat pau....
5. masukkan ke dalam bekas aluminium foil macam dalam gambar...biarkan selama 1 jam lagi....
6. Bakar selama 15 minit pada suhu 160 0C, sejukkan roti baru letak topping...
Cara2 Untuk filling:
1. Campurkan cream, gula,coklat masakan dan masak menggunakan double boiler.
2. Campurkan geletin yg telah dibancuh dgn air sejuk kedlm coklat tadi yg sudah panas
3. Kacau sebati biarkan sejuk...
Cara2 untuk topping:
1.campur semua bahan dan masak guna kaedah double boiler
2. masak hingga coklat cair,ready utk digunakan
No comments:
Post a Comment