Monday, February 28, 2011

TEMPAHAN KEK

KEPADA ANDA SEMUA......SESIAPA YG INGIN MEMBUAT TEMPAHAN ANEKA KEK SILA KE BLOG SAYA YG BERTAJUK "KEK UNTUK TEMPAHAN"
HUBUNGI NO PHONE SAYA....019 591 8424

NASI AYAM PENYET

ASSALAMUALAIKUM........SEMUA SEBENARNYA MENU NI R'GEE MASAK LAST WEEK TP HARI BARU LEH UPLOAD.....MAKLUM LE BAERU BALIK DR EDIT SOALAN......MMG SEDAP NASI AYAM PENYET NI...NAMA JE MCM MENGERIKAN TP BILA LAYAN MMG UMPHHH......RESEPI ASAL DR MESRA.NET....TQVM....

JEMPUT MAKAN SEMUA
NASI AYAM PENYET
  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
CARA-CARA                                            
  • Untuk Ayam Penyet
  • Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  • Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  • (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  • Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

CARA-CARA
  1. Untuk Sambal
  2. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  4. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  5. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  6. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  7. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  8. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  9. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
CARA-CARA
  1. Untuk Sup
  2. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  3. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
  4. Untuk Nasi
  5. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  6. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  7. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  8. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

Thursday, February 24, 2011

POTATO CREAMY WITH CHEESE

ASSALAM SEMUA.......LAMA SAYA MENYEPI....BUKAN APASIBUK SIKIT SEBAB NOW DOK ADA KAT MRSM FELDA TGH EDIT SOALAN.....NOW ALMOST DAH SIAP....MENU R'GEE BUAT AHAD LEPAS......

MAKAN DENGAN SOS CILI PUN SEDAP......TAK LEH WAT SELALU COZ MENGGEMUKKAN....

BAHAN2:

3 BIJI KENTANG ( HIRIRS NIPIS2)

BAHAN UTK SOS PUTIH:

1/2 CAWAN TPG GANDUM
200 ML SUSU FRESH MILK
200 ML AIR
LADA SULAH
GARAM
1-2 SUDU BESAR BUTTER
MOZARELLA CHEESE SECUKUPNYA

CARA2:
1. SATUKAN SUSU DAN AIR, MASUKKAN TEPUNG DAN TAPISKAN.
2. PANASKAN DAN MASUKKAN BAHAN PERASA DAN BUTTER
3. KACAU SEHINGGA PEKAT DAN ANGKAT.
4. SUSUN SATU LAPIS KENTANG DI DALAM TRAY, DAN LAPISKAN DGN SOS SERTA TABURKAN CHEESE
5. ULANG UTK LAPISAN SETERUSNYA SEHINGGA SELESAI.....
6. BAKAR PADA SUHU 180  DARJAH CELCIUS SELAMA 30 MIN

Tuesday, February 15, 2011

CHIFFON CHEESE CAKE


FUHHHH....MELELEH TAK AIR LIUR MASING2.......KALAU  NAK LEH  LE ORDER....... NI ADA 3 FLAVOR.....HIJAU TU KIWI.....MERAH TU  STRAWBERRY.......PURPLE TU LAK BLUEBERRY......1 SLICE = RM 3.00

TALAM KACANG MERAH

SELAMAT PETANG SEMUA.......PETANG NI R'GEE BUAT TALAM KACANG MERAH IHSAN RESEPI DR MAT GEBU.......SEDAP JUGA MMG ADA KELAINAN.....POTONG KUIH NI MASA SUAM2  TU LER YG TAK COMEI.......TP SAYA SUKA KEPALA DIA LEMBIK2 SIKIT BARU SYAHDU BILA MASUK MULUT

Talam kacang merah
BAHAN LAPIS KACANG MERAH :-)
1 tin red beans, ditoskan
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1/2 cawan + 1 camca besar gula (atau ikut manis)
1 1/2 cawan santan
Sedikit pewarna merah jambu
Beberapa titik perwarna ungu

BAHAN LAPISAN ATAS (KEPALA) :-)
400 ml santan
3 camca besar tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
1.     Panaskan kukusan, alas tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
2.    UNTUK LAPISAN KACANG MERAH :- Kacang merah tadi diambil 3/4 cawan dan bakinya diketepikan. Kisar 3/4 cawan kacang merah bersama gula dan 1/2 cawan santan. Ketepikan. Baki satu cawan santan dibancuh bersama tepung beras dan tepung ubi, kacau rata dengan whisk dan tapis. Satukan kacang merah kisar tadi, sedikit pewarna merah jambu dan pewarna unggu ke dalam bancuhan tepung, kacau rata2 dan tuang dalam tin dan tabur baki kacang merah yang tidak dikisar tadi. Kukus 30 minit dengan api sederhana, mat tutup permukaan tin dengan tudung periuk.
3.    UNTUK LAPISAN KEPALA :- Bancuh semua bahan untuk lapisan kepala, kecuali garam, kacau rata dan tapis ke dalam periuk. Tambah garam secukup rasa (biar lemak2 saja, jangan masin sangat), kacau dan masak dengan api kecil hingga adunan suam dan kelihatan pekat. Matikan api.

NASI LEMAK LAGI......

NASI LEMAK DI HUJUNG MINGGU



SALAM PAGI AHAD.........HARI NI TAK TAU NAK SARAP APA NI.....TERUS JE KE DAPUR DAN TETIBA MCM NAK MASAK NASI LEMAK.....SO AMBIL LE PERIUK UTK TANAK NASI....TETIBA....HUBBY DTG DAPUR TANYA NAK MASAK APA? SAYA PUN CKP NASI LEMAK.....DIA TERSENYUM....NAPE LAK NI...... ROPE2NYA....DIA DAH TERDETIK NAK MAKAN NASI LEMAK.....FUH...SAMA PULAK INSTINCT KAMI.....HE...HE....DAH BANYAK KALI MACAM TU.......
RESEPI SAMA JER MACAM WAT NASI LEMAK HALBA........

Sunday, February 13, 2011

SAMBAL TEMPE TAUHU BERKACANG TANAH

INI SATU LAGI MENU MAKAN TENGAH HARI KAMI BERSAMA2 IKAN TONGKOL GORENG KUNYIT TADI......


BAHAN2:

2 KEPING TEMPE
2 KEPING TAUHU
1/2 CWN KACANG TANAH
*1/2 CWN CILI KERING KISAR
*BWG PUTIH DAN MERAH 
GARAM DAN GULA

* KISAR BERSAMA

CARA2:

1. TAUHU, TEMPE DIPOTONG DADU DAN DI GORENG GARING
2. GORENG KACANG TANAH
3. TUMIS BAHAN KISAR HINGGA PECAH MINYAK
4. MASUKKAN BAHAN PERASA
5. MASUKKAN TEMPE, KACANG TANAH DAN TAUHU
6. SETELAH MASAK BOLEH DIHIDANGKAN.