Saturday, January 1, 2011

kek batik perisa kopi n badam

kek batik tersedia utk dijamah

jemput mkn

bhn2:
250gm biskut marie
3/4 cwn susu pekat
1/2 cwn milo
150 gm butter
1sdt esen vanilla
1 sdt essen kopi
3 sdb serbuk almond
2-3 biji telur ikut size
1/2 cwn air
cara:
1. campur semua bahan kecuali butter n biskut marie(yg telah dipatahkan)
2. larut kan bhn2 tadi di dalam periuk , nyalakan api perlahan
3. setelah larut masukkan butter kacau hingga cair
4. masukkan biskut marie, dan kacau sebati
5. tuang kedlm tin pembakar 8'x8', tekan padat2
6. biarkan sejuk seketika baru le simpan dlm peti ais( eloknya semalaman)

Wedges buatan sendiri

kentang disaluti bancuhan tpg dan rempah

ready to fried

Now, is ready to nyum...nyum..
bhn2:
10 biji ktg jenis pjg
air utk membancuh tpg
1cwn tpg beras
1 sdb jintan manis
1sdb ketumbar
1sdk garam
1 sdk air kapur
1 sdb minyak masak

cara2:
1. kupas ktg dan potong panjang, basuh dan tos
2. campur semua bahan kecuali kentang
3. bancuh menggunakan air sehingga sebati
4. masukkan kentang, gaul sebati
5. panaskan minyak (mcm nak goreng cucur) pastu goreng..
6. Hidangkan bersama sos kegemaran anda
7. Selamat mencuba....sedap ...kalah KFC


Wednesday, December 29, 2010

Meehoon Tom Yam Campur

Hari mendung dan sejuk....tak tau nak masak apa yang sedap dalam cuaca macam ni....tetiba teringat nak hirup tom yam...apa lagi bahan sume dah ada....sinsing lengan baju jom masak tom yam...utk diet ok ni sebab guna mee hoon...
jom semua jemput makan...... 

tuna pizza with white sauce



TUNA PIZZA WITH WHITE SAUCE

Tuesday, December 28, 2010

cheese cake collection utk tempahan

blueberry chilled cheesecake 1kg = rm 70

peach chilled cheesecake 1kg = rm 70

strawberry chilled cheesecake 1kg = rm 70

peach n strawberry cheesecake 1 cup = rm 5.00

chochlate trilayer cheesecake 1kg = rm 75

dadih sedap

perisa strawberry n manggo

bahan2:

8.75 gm agar
2 cwn air
150 gm gula
2 cwn susu tpg
1 cwn coffemate
3 cwn air suam
secubit garam

cara2:
1. masak agar2 dgn 2 cwn air sampai hancur.
2. tapis dan masukkan gula
3. kacau sampai gula hancur dan mendidih.
4. bancuh susu dan coffemate dgn air panas
5. masukkan ke dlm agar2 tadi
6. tunggu sampai mendidih
7. tapis dan boleh le letak perisa n pewarna kesukaan
8. selamat mencuba.....mmg sedappp...

jejari kentang bersalut cheese

bahan2:

A. 3 biji kentang sederhana
     1 btg carrot
B. tepung gandum secukupnya

C . 2-3 biji telur

D. sedikit lada sulah n garam

E. 3 sudu besar serbuk badam (optional)
F: parutan keju mozarella secukupnya

cara2:
1. Rebus bahan A sampai empuk dan toskan sekita sehingga sejuk
2. lenyek kentang bersama carrot, masukkan badam & tpg gandum sehingga boleh di gentelkan
3. btkkan seperti jejari panjang ikut suka
4. pecahkan telur dalam pinggan, tambahkan lada sulah n garam
5. lebihan tepung gandum diletakkan dalam pinggan utk menggolekkan ubi tadi,
6. keju juga ditaburkan di atas pinggan lain.
7. ambil jejari kentang golek dalam tpg, telur dan cheese
8. goreng menggunakan minyak sedikit
' enak dimakan semasa panas.....
paipkan sos n mayonis....
'selamat mencuba'






 jejari kentang yg sedap....dimakan panas2





sedapnye mama












bestnye.....esok mama wat lagi tau