Tuesday, February 15, 2011

TALAM KACANG MERAH

SELAMAT PETANG SEMUA.......PETANG NI R'GEE BUAT TALAM KACANG MERAH IHSAN RESEPI DR MAT GEBU.......SEDAP JUGA MMG ADA KELAINAN.....POTONG KUIH NI MASA SUAM2  TU LER YG TAK COMEI.......TP SAYA SUKA KEPALA DIA LEMBIK2 SIKIT BARU SYAHDU BILA MASUK MULUT

Talam kacang merah
BAHAN LAPIS KACANG MERAH :-)
1 tin red beans, ditoskan
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1/2 cawan + 1 camca besar gula (atau ikut manis)
1 1/2 cawan santan
Sedikit pewarna merah jambu
Beberapa titik perwarna ungu

BAHAN LAPISAN ATAS (KEPALA) :-)
400 ml santan
3 camca besar tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
1.     Panaskan kukusan, alas tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
2.    UNTUK LAPISAN KACANG MERAH :- Kacang merah tadi diambil 3/4 cawan dan bakinya diketepikan. Kisar 3/4 cawan kacang merah bersama gula dan 1/2 cawan santan. Ketepikan. Baki satu cawan santan dibancuh bersama tepung beras dan tepung ubi, kacau rata dengan whisk dan tapis. Satukan kacang merah kisar tadi, sedikit pewarna merah jambu dan pewarna unggu ke dalam bancuhan tepung, kacau rata2 dan tuang dalam tin dan tabur baki kacang merah yang tidak dikisar tadi. Kukus 30 minit dengan api sederhana, mat tutup permukaan tin dengan tudung periuk.
3.    UNTUK LAPISAN KEPALA :- Bancuh semua bahan untuk lapisan kepala, kecuali garam, kacau rata dan tapis ke dalam periuk. Tambah garam secukup rasa (biar lemak2 saja, jangan masin sangat), kacau dan masak dengan api kecil hingga adunan suam dan kelihatan pekat. Matikan api.

NASI LEMAK LAGI......

NASI LEMAK DI HUJUNG MINGGU



SALAM PAGI AHAD.........HARI NI TAK TAU NAK SARAP APA NI.....TERUS JE KE DAPUR DAN TETIBA MCM NAK MASAK NASI LEMAK.....SO AMBIL LE PERIUK UTK TANAK NASI....TETIBA....HUBBY DTG DAPUR TANYA NAK MASAK APA? SAYA PUN CKP NASI LEMAK.....DIA TERSENYUM....NAPE LAK NI...... ROPE2NYA....DIA DAH TERDETIK NAK MAKAN NASI LEMAK.....FUH...SAMA PULAK INSTINCT KAMI.....HE...HE....DAH BANYAK KALI MACAM TU.......
RESEPI SAMA JER MACAM WAT NASI LEMAK HALBA........

Sunday, February 13, 2011

SAMBAL TEMPE TAUHU BERKACANG TANAH

INI SATU LAGI MENU MAKAN TENGAH HARI KAMI BERSAMA2 IKAN TONGKOL GORENG KUNYIT TADI......


BAHAN2:

2 KEPING TEMPE
2 KEPING TAUHU
1/2 CWN KACANG TANAH
*1/2 CWN CILI KERING KISAR
*BWG PUTIH DAN MERAH 
GARAM DAN GULA

* KISAR BERSAMA

CARA2:

1. TAUHU, TEMPE DIPOTONG DADU DAN DI GORENG GARING
2. GORENG KACANG TANAH
3. TUMIS BAHAN KISAR HINGGA PECAH MINYAK
4. MASUKKAN BAHAN PERASA
5. MASUKKAN TEMPE, KACANG TANAH DAN TAUHU
6. SETELAH MASAK BOLEH DIHIDANGKAN.

IKAN TONGKOL GORENG KUNYIT

ini pulak menu utk makan tengah hari kami.....simple je tapi mmg menyelerakan...perah limau kasturi....nasi lak panas2 pergh mmg sedap

bahan2:
 3 ketul ikan tongkol
sedikit garam dan serbuk kunyit
satu labu bwg besar
2 ulas bwg putih
1 biji cili besar

cara2:
1. gaul ikan bersam garam dan kunyit
2. panaskan minyak, dan goreng ikan sehingga agak garing
3. angkat ikan dan gorengkan pula hirisan bwg dan cili besar hingga garing.
4. taburkan di atas ikan 

cheezy wedges


selamat petang semua......dah minum petang ke......menu kita petang ni cheezy wedges.....sedap juga layan petang2 ni.....jom kita buat sama2





bahan2:

10 biji kentang sederhana besar
1 cawan tepung beras
1 sdb serbuk rempah kari
1 sdb serbuk ketumbar & jintan manis
1 sdk garam
1 sdk air kapur
1 sdb minyak masak
sedikit air
sos cili
mayonis

cara-caranya:
1.Kupas kentang , basuh dan toskan.
2.Belah kentang ikut saiz kesukaan
3.Bancuh tepung dengan sedikit air,masukkan rempah,air kapur,minyak,garam dan serbuk ketumbar.
4.Goreng dalam minyak panas hidangkan denan sos cili dan mayonis.


bahan utk cheese:

5 keping keju chesdale(guna cheese yg warna kuning lagi sedap)
sedikit butter
stgh cawan susu segar
2 sudu besar plain yogurt

cara2:

1. cairkan butter, masukkan susu, dan yogurt .
2. masak hingga semuanya cair dan sebati
3. bila sejuk boleh ler dituang keatas wedges.

Saturday, February 12, 2011

Laksa mee goreng

salam sayang  buat semua.......sebenarnya agak lama r'gee menyepi....bukan apa sibuk sikit le akhir2 ni....baru je balik dr mesyuarat kat KL.....next week nak keluar lagi ni...edit soalan final f5 lak....aduih.....fenat2.....semalam 12/2 join ABC lak...apa tu? A Big Carnival anjuran BWP MRSM Lenggong....senang citer macam hari kantin tu le.....semalam meniaga nasi ayam penyet , cheezy wedgwes, cheese kek dan jus jimi asmara.....sambutan diluar jangkaan....sekejap je nasi ayam penyet dah sold out.....nanti leh le jual lagi....pagi2 sabtu ni sempat ler masak breakfast utk family.....hari ni r'gee nak kongsi satu resepi...nama dia laksa mee goreng...tapi bukan laksa dan bukan mee...tp u all observe sendiri le....
ni le ropenya......laksa mee...sebenarnya mee jenis ini digunakan utk resepi Laksa Mee yg sgt popular di Pulau Pangkor


jemput makan......

Wednesday, February 2, 2011

KEK PISANG WALNUT

KEK YG BARU SIAP DIBAKAR

SALAM.....LAST WEEK R'GEE BALIK KPG....TGK KAT DAPUR UMAH MAK BANYAK NYE PISANG MASAK....TERPANDANG PISANG BERANGAN YG MMG RANUM MASAKNYA.....SO TERLINTAS UTK BUAT KEK PISANG.... SO CARI2 RESEPI MAKA TERJUMPA RESEPI DI BLOG MAT GEBU....SO APA LAGI TERUS MENCUBA DAN INILAH HASILNYA....MMG SEDAP.....WALNUT LEBIH DLM PETI AIS ADA SO R'GEE TABURKAN JER.....SEDAP TAK MANIS SGT DAN LEMAK WALNUT....MMG ASYIK MAKAN...... 

SIAP POTONG NAK BAGI KAT JIRAN SEBELAH UMAH

TEKSTURNYE YG AMAT GEBU DAN LEMBUT.....
RESEPI ASAL DRPD BLOG MAT GEBU
BAHAN-NAHANNYA :-)
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

sedikit walnut yg dipanggang utk ditabur atas kek

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Taburkan walnut dan bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....